STONES (kiri) meraikan jaringannya bersama Phil Foden. FOTO AFP
STONES (kiri) meraikan jaringannya bersama Phil Foden. FOTO AFP
AFP

London: Manchester City melonjak di tangga kedua Liga Perdana selepas membelasah Crystal Palace 4-0 di Stadium Etihad, hari ini.

Keputusan seri tanpa jaringan antara Manchester United dan Liverpool di Anfield memberi kelebihan kepada City yang melakar kemenangan kelima berturut-turut pada saingan liga.

Skuad bimbingan Pep Guardiola menjaringkan gol minit ke-26 menerusi hantaran Kevin De Bruyne yang ditanduk masuk oleh John Stones sekali gus gol pertamanya pada aksi Liga Perdana bersama City.

City yang tidak tewas dalam 15 perlawanan di kesemua pertandingan, menambah gol kedua 11 minit selepas babak kedua menerusi sumbangan Ilkay Gundogan.

Stones sekali lagi menjaringkan gol minit ke-68 manakala Raheem Sterling melengkapkan kemenangan City dengan meledak gol keempat minit ke-88 menerusi sepakan percuma.

"Kami mempamer aksi konsisten. Ia adalah kemenangan yang amat penting," kata Guardiola.

"Kami cuba beraksi sama seperti beberapa musim lalu dan di barisan pertahanan, kami tidak melakukan kesilapan. Prestasi tahun lalu agak teruk.

"Jika diminta memilih satu pemain yang beraksi cemerlang, saya memilih John Stones. Dia berhak mendapat pujian."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 8:05 AM