Dele Alli. FOTO Agensi
Dele Alli. FOTO Agensi
Agensi

London: Pemain yang dipinggirkan Tottenham Hotspur, Dele Alli yakin dapat memenuhi kontrak pinjaman seterusnya berpindah ke Paris Saint-Germain.

Bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino mahu berkerja sama dengan bekas pemainnya sebelum tarikh tutup perpindahan pada 2 Februari ini.

Alli tersisih daripada skuad yang mencatat kemenangan 3-1 ke atas Sheffield United pada Ahad lalu.

Bintang bola sepak berusia 24 tahun, yang mempunyai 37 kap penampilan bersama England percaya Spurs akan memenuhi keinginannya untuk perpindahan pinjaman - selepas gagal mendapat tempat dalam skuad kendalian Jose Mourinho.

Dia hanya beraksi satu perlawanan liga dalam skuad utama musim ini dengan kali terakhir penampilan dimasukkan sebagai pemain gantian tiga minit sebelum tamat perlawanan ketika berdepan Liverpool pada 16 Disember lalu.

Alli menjadi tonggak penting Spurs ketika di bawah kendalian jurulatih Argentina itu termasuk membantu kelab Inggeris itu mara ke final Liga Juara-Juara 2019.

Pochettino juga dilaporkan berminat mendapatkan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris namun tidak akan membuat tawaran hingga musim panas nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 1:06 PM