Bekas pemain tengah Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa. FOTO File AFP
Bekas pemain tengah Manchester United dari Jepun, Shinji Kagawa. FOTO File AFP
AFP

Thessaloniki, Greece: Bekas pemain tengah Manchester United, Shinji Kagawa menandatangani kontrak bersama PAOK Thessaloniki dengan perjanjian selama 18 bulan, umum kelab Liga Super Greece itu hari ini.

PAOK tidak mendedahkan jumlah perincian kewangan membabitkan kontrak pemain berusia 31 tahun itu, yang beraksi hampir 100 kali buat Jepun sejak melakukan penampilan antarabangsa pertama ketika remaja pada 2008, selain meledak 31 gol.

Kagawa berpindah ke Greece selepas kontraknya ditamatkan oleh bekas kelabnya Real Zaragoza pada Oktober tahun lalu.

Selepas memulakan karier di Cerezo Osaka pada 2006 Kagawa mencipta nama di Eropah ketika beraksi bersama Borussia Dortmund di mana ketika dua musim dia menjaringkan 60 gol dalam lebih 200 penampilan buat kelab Bundesliga itu, menang dua kejuaraan liga dan dua Piala Jerman.

Dia berpindah ke England pada 2012 dan beraksi lebih 50 kali buat United, memenangi kejuaraan Liga Perdana 2013 pada musim terakhir Alex Ferguson sebagai pengurus sebelum kembali ke Dortmund dua tahun kemudian.

Dia beraksi selama lima tahun di Dortmund sebelum ke Zaragoza pada musim panas 2019 diikuti dipinjamkan ke kelab Turki, Besiktas pada awal tahun yang sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 January 2021 @ 9:15 PM