X
Ally McDonald mendahului saingan Kejuaraan Drive On. FOTO AFP
Ally McDonald mendahului saingan Kejuaraan Drive On. FOTO AFP
AFP

Washington: Ally McDonald, berharap dapat memenangi kejuaraan pertama LPGA selepas melakukan tiga di bawah par 69 untuk mendahului satu pukulan selepas pusingan ketiga Kejuaraan Dirve On.

Pemain Amerika itu memperoleh empat birdie dalam lima lubang di pertengahan pusingan untuk mencatat 13 bawah 203 selepas 54 lubang di Reynolds Lake Oconee dekat Greensboro, Georgia.

"Saya bermain dengan baik selepas mendapat rentak," kata Ally.

"Saya sangat teruja. Saya pamerkan prestasi positif dalam permainan. Secara dasar saya fikir saya mengawal diri dengan baik. Malah bersedia untuk aksi seterusnya."

Pemain Filipina, Bianca Pagdanganan, 22, berjaya melakukan birdie berturut-turut untuk menduduki tempat kedua dengan 204 ketika pemain Amerika, Danielle Kang ketiga dengan 205, Carlota Ciganda (Sepanyol) keempat 206 dan Katherine Kirk (Australia) kelima 207.

Ally yang juga pemain nombor 62 dunia melakukan penamat terbaik LPGA dengan menduduki tempat kedua serta ketiga dengan yang terbaharu pada ShopRite Classic tahun lalu.

Dia berharap dapat melakar kejayaan pada sambutan hari lahir ke-28 pada Ahad di kejohanan yang dianjurkan bagi menampung penganjuran saingan di Amerika Syarikat selepas kejohanan LPGA Asian ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Oktober 2020 @ 2:36 PM