Christian Coleman. FOTO AFP
Christian Coleman. FOTO AFP
AFP

Paris: Juara dunia acara pecut, Christian Coleman hampir pasti terlepas saingan Olimpik Tokyo tahun depan selepas digantung selama dua tahun atas kesalahan anti doping, umum Unit Integriti Olahraga (AIU).

Atlet Amerika, yang memenangi 100 meter lelaki di Kejuaraan Dunia Doha tahun lalu, terdahulu digantung selama tiga tahun pada Jun.

Tribunal Disiplin Olahraga Dunia yang bersidang mengekalkan pertuduhan ke atas Coleman namun mengurangkan hukumannya kepada selama dua tahun berkuat kuasa pada 14 Mei lalu.

Coleman, 24, mempunyai tempoh 30 hari untuk merayu berhubung hukuman itu di Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Dia dijadualkan terlepas aksi Sukan Olimpik di Jepun tahun depan, di mana dia mungkin menjadi antara pelari pilihan untuk memenangi pingat emas 100m.

Coleman, yang juga pemegang rekod dunia 60m, hanya berlari pada acara berganti-ganti 4x100m pada penampilan pertama di temasya Olimpik di Rio de Janeiro empat tahun lalu.

AIU mengambil tindakan kepada Coleman kerana terlepas ujian pada Januari dan Disember 2019, begitu juga beberapa syarat pada April lalu.

Penggantungan Coleman hadir seminggu selepas hukuman kepada juara dunia 400m wanita dari Bahrain, Salwa Eid Naser kerana melanggar peraturan anti doping dihentikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 8:46 AM