Glasgow penganjur GP Dalam Dewan Muller dan Kejohanan Eropah tahun lalu. FOTO Agensi
Glasgow penganjur GP Dalam Dewan Muller dan Kejohanan Eropah tahun lalu. FOTO Agensi
Agensi

London: Glasgow akan menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Britain pada Februari ini bagi tahun kedua berturut-turut.

Acara itu akan berlangsung di Emirates Arena pada 20 dan 21 Februari dan menjadi pentas percubaan bagi dua kejohanan Eropah dan Kejohanan Dalam Dewan Dunia pada Mac nanti.

Seperti ditegaskan, tiada penonton di benarkan menyaksikan acara dan format kejohanan masih berada dalam penelitian peringkat akhir.

"Kami akan mengikuti perkembangan garis panduan yang ditetapkan kerajaan ketika proses persediaan menjayakan acara itu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Olahraga dan Balapan United Kingdom, Joanna Coates.

"Emirates Arena sudah menjadi gelanggang tuan rumah bagi atlet dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan hebat dalam memastikan penganjuran kejohanan berprestij ini berjalan lancar.

Tahun lalu, venue di Glasgow turut menjadi penganjur bagi acara Grand Prix Dalam Dewan Muller dan Kejohanan Eropah 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 6:24 PM