GEDDES (tengah) dipenjara 18 tahun. FOTO Agensi
GEDDES (tengah) dipenjara 18 tahun. FOTO Agensi
AFP

Versailles: Seorang jurulatih tenis yang merogol empat gadis berusia antara 12 hingga 17 tahun dan digelar sebagai 'guru' yang melayan mangsanya seperti hamba seks, dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun oleh mahkamah Perancis.

Andrew Geddes, 53, melakukan perbuatan terkutuk itu ketika bersama dua kelab sehingga ke Utara Paris, bermula 2000 dan antara 2009 serta 2014.

Mahkamah diberitahu mangsa pertamanya hanya berusia 12 tahun apabila dia bertemu Geddes pada 1999.

Seorang yang cukup berbakat, mangsa memberitahu dia dirogol dan diserang secara seksual selama hampir 400 kali sehinggalah berusia 14 tahun.

Perkara sama juga berlaku kepada tiga mangsa yang lain berusia antara 15 hingga 17 tahun ketika di bawah bimbingan Geddes.

Mangsa berkata, Geddes memaksa mereka memutuskan hubungan dengan keluarga serta rakan-rakan dan menjadikan mereka sebagai mangsa serangan keganasan seks yang dilakukan di dalam kereta, bilik persalinan atau ketika sesi latihan.

Mahkamah yang mendengar rayuan Geddes selepas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun berkata, kesemua mangsa menjadi hamba seks oleh Geddes yang digelar 'guru'.

Geddes memberitahu mahkamah kenyataan yang dilakukan oleh setiap mangsa menyebabkan dirinya seperti 'sampah'.

Dia juga mengakui sedar akan kesalahannya selain perkara 'ngeri' yang pernah dilakukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 10:55 AM