PUSINGAN KEENAM Kejuaraan Cub Prix terpaksa ditunda. FOTO NSTP
PUSINGAN KEENAM Kejuaraan Cub Prix terpaksa ditunda. FOTO NSTP
Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Penganjuran pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang sepatutnya berlangsung hujung minggu ini terpaksa ditunda berikutan lanjutan tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang diumumkan semalam.

Menerusi kenyataan media, penganjur kejohanan terbabit memaklumkan penundaan itu bagi memastikan kejohanan itu tidak berhadapan masalah berikutan penularan Covid-19 yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kalendar baru untuk musim ini akan diumumkan sebaik keadaan kembali stabil termasuk membabitkan tarikh baru kejohanan terbabit.

"Objektif utama adalah untuk menghabiskan musim 2020 selewat-lewatnya dalam bulan Disember tahun ini atau Januari 2021.

"Sekali lagi, Safe Aim Mutual Sdn Bhd meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami. Pada masa yang sama, kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penaja kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka.

"Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS turut meminta orang ramai agar sentiasa mengikuti panduan standard operasi prosedur (SOP) keselamatan untuk sama-sama membanteras pandemik Covid-19," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2020 @ 6:37 PM