MOHD Ali (kiri) bersama Azhar.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), mengumumkan pelantikan Datuk Azhar Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB yang baru berkuat kuasa pada 1 Jun.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, Azhar adalah calon yang sesuai untuk meneruskan kesinambungan usaha yang telah dilakukan oleh Datuk Dzulkifli Fadzilah untuk meningkatkan jumlah dan membangun usahawan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, gabungan kepakaran dan pengalaman luas Azhar dan Lembaga Pengarah PUNB akan memantapkan kedudukan PUNB untuk mencapai visinya sebagai pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan Bumiputera di negara ini.

Azhar mempunyai pengalaman lebih 36 tahun dalam bidang kewangan dan perbankan sejak memulakan kerjayanya pada 1981.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Kredit di Bahagian Kewangan Hartanah di Credit Corporation (M) Berhad pada 1981, kemudian menjadi Pengurus Cawangan dan Pengurus Bahagian beberapa portfolio penting di Bolton Finance Berhad dan Hong Leong Finance Berhad dari 1990 hingga 2003.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 2:39 AM