YASMIN
YASMIN
HM Digital

Kuala Lumpur: Peruntukan RM100 juta untuk program eRezeki dan eUsahawan memastikan Ekonomi Digital terus inklusif untuk kesejahteraan rakyat khususnya kumpulan B40 dan M40.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Yasmin Mahmood berkata, kedua-dua program berkenaan kini memasuki tahun ketiga dengan anggaran 150,000 rakyat dilatih pada 2018 dan menjadikan 341,745 rakyat menyertai kedua-dua program berkenaan dengan jumlah pendapatan dan perolehan mencecah RM544 juta.

“Ekonomi digital terus menjadi pemacu utama pertumbuhan dan menyumbang 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun ini serta dijangka melebihi sasaran diunjurkan sebanyak 20 peratus lebih awal dari 2020.

“Kami gembira dengan pengumuman keterangkuman digital diperluaskan kepada inisiatif utama baru dikenali sebagai eLadang untuk menggalakkan petani memanfaatkan teknologi pertanian pintar terkini (seperti IOT (Internet-of-Things) dan BDA (Big Data Anaytics) bagi meningkatkan hasil dan pendapatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, bagi peruntukan RM250 juta untuk membangunkan pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta meningkatkan modul Sains Komputer termasuk program Coding, beliau berkata, ia memastikan pelajar mendapat pendedahan kepada inisiatif pendidikan #mydigitalmaker yang dilancarkan tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Oktober 2017 @ 8:40 AM