NORIAKI (kanan) menyerahkan Sijil Pengiktirafan ‘Bangunan Daikin Eco’ kepada Pengarah Urusan Inanam Properties, Ong Hock Lai.
Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: Daikin Malaysia, memberi pengiktirafan kepada Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel sebagai ‘Bangunan Daikin Eco’ bagi menghargai usaha mereka dalam menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan sistem VRV IV Daikin.

Pengurus Teknikal Bahagian Operasi Global Daikin Industries Ltd, Noriaki Iwamoto berkata, kerjasama yang dijalin antara Daikin dan hotel terbabit diharap menjadikan orang ramai lebih peka mengenai kepentingan pembangunan teknologi dan penjimatan tenaga.

“Oleh itu, kami ingin terus mencipta penyaman udara berkualiti tinggi kepada pelanggan dan mengurangkan penggunaan tenaga secara menyeluruh serta berinovasi dalam menggunakan teknologi hijau bagi menjaga kepentingan alam sekitar dalam jangka panjang,” katanya pada majlis perasmian Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel di sini, baru-baru ini.

Perasmian hotel yang menggunakan penyaman udara VRV Daikin itu turut dianjurkan serentak dengan pameran sistem penyaman udara Daikin VRV IV pada 28 Februari lalu.

Sistem VRV IV Daikin akan memberi pengalaman sejuk, nyaman dan selesa kepada pengguna di mana ia adalah salah satu daripada teknologi yang mempunyai penjimatan tenaga tinggi dalam industri.

Sementara itu, Ibis Styles Kota Kinabalu Inanam Hotel berhasrat untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan dengan menggabungkan reka bentuk dalaman moden dan desa bagi memberikan suasana ‘desa dan kontemporari’.

Hotel itu bukan saja menawarkan pengalaman menyeronokkan untuk pelancong, malah dapat memenuhi keperluan pelanggan korporat perniagaan melalui ruang fleksibiliti untuk mesyuarat, ditambah dengan lokasinya yang strategik di kawasan perindustrian Bandar Inaman iaitu tempat tarikan utama yang menarik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Mac 2018 @ 8:33 AM