KAKITANGAN MR DIY membantu pelanggan membeli-belah. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
hmdigital

KUALA LUMPUR: MR DIY Trading Sdn Bhd (MR DIY) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet) melalui MyDebit menawarkan hadiah bernilai lebih RM180,000 melalui peraduan MR DIY x MyDebit Wave & Win.

MR DIY dalam kenyataan berkata, peraduan berkenaan yang berlangsung sehingga 15 Jun nanti menawarkan hadiah utama Honda City 1.5L S.

“Selain itu, pemenang tempat kedua berpeluang memenangi tiga unit Yamaha Y15ZR Edisi GP manakala tempat ketiga, lima unit iPhone XS Max (64GB).

“Malah, kami juga menawarkan 300 baucar tunai MR DIY bernilai RM200,” katanya.

Untuk menyertai peraduan berkenaan, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM30 bagi setiap pembelian produk di mana-mana cawangan MR DIY dengan menggunakan kad MyDebit.

“Pelanggan juga perlu mengimbas kod QR untuk menjawab dua soalan dan sertakan maklumat di borang pautan Google yang disediakan untuk menghantar borang penyertaan,” katanya.

Menurutnya, pelanggan boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan bagi merebut lebih banyak peluang memenangi hadiah ditawarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 6:53 AM