HOO KIM SEE.
Sri Ayu Kartika Amri


KUALA LUMPUR: IJM Land melancarkan projek pegangan bebasnya, Rimbun Alam iaitu pembangunan gabungan antara konsep keindahan semula jadi, kefungsian dan kemodenan, merangkumi keluasan tanah lebih 17 ekar (6.88 hektar).

Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, selepas hampir suku abad, Seremban 2 secara konsisten menambahbaikkan kepelbagaian rumah dan kemudahan.

Katanya, Rimbun Alam adalah pembangunan berketumpatan rendah dengan hanya enam rumah setiap ekar dan hampir dua ekar adalah kawasan hijau.

“Rimbun Alam direka dengan ruang rumah yang selesa dan dalam persekitaran yang selamat, sesuai dengan permulaan hidup yang mendamaikan.

“Bermula dari harga serendah RM527,624 seunit, Rimbun Alam menampilkan konsep easy living dengan kemasan premium.

“Pemilik rumah dapat merasakan ketenangan dan privasi yang maksimum dengan adanya jalan belakang yang disediakan selebar 20 kaki,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Beliau berkata, IJM Land memahami kehendak orang ramai yang menginginkan ruang privasi bersama keluarga.

“Projek ini adalah inisiatif penyelesaian terbaik untuk menghindari gangguan bunyi bising serta menikmati ketenangan hidup,” katanya.

Rimbun Alam mempunyai keseluruhan keluasan sehingga 2,255 kaki persegi di setiap unit, rumah teres dua tingkat ini terdiri daripada empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Selain itu, ia juga dibina sepenuhnya dan pembeli tidak perlu memikirkan kos pengubahsuaian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 7:31 AM