GAMBAR HIASAN


PERSATUAN Bank Malaysia (ABM) mengumumkan bahawa ahlinya akan menghentikan yuran yang dikenakan untuk cek dan bayaran tunai bagi pembayaran kad kredit dan pembiayaan melalui kaunter dan Mesin Deposit Tunai (CDM).

ABM dalam kenyataan hari ini berkata, buat masa ini, segmen pelanggan tertentu telah dikecualikan daripada caj berkenaan iaitu untuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

“Untuk pelanggan yang datang berurusan di cawangan, mereka boleh melakukan cara alternatif untuk urus niaga perbankan dan mendapatkan perkhidmatan seperti yang disediakan melalui mesin juruwang automatik (ATM),” katanya.

Menurutnya, bank ahli akan berkomunikasi dengan pelanggan masing-masing melalui saluran yang disediakan.

“Ahli ABM juga bersedia membantu pelanggan untuk membiasakan diri dengan saluran alternatif ini dan terbuka untuk sebarang pertanyaan berkaitan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 6:47 PM