7-Eleven Malaysia mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut bagi anugerah Emas di Putra Brand Awards 2019.
hmdigital

KUALA LUMPUR: 7-Eleven Malaysia mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut bagi anugerah Emas dalam kategori runcit di Putra Brand Awards 2019, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Colin Harvey berkata, pihaknya berterima kasih dengan sokongan berterusan pelanggan sehingga menjadikan 7-Eleven sebagai jenama runcit pilihan.

“Kami akan terus memperkenalkan lebih bayak inisiatif yang memfokus kepada kemudahan e-dagang, makanan dan minuman segar serta berkualiti selain program kesetiaan berinovatif.

“Kejayaan syarikat ini adalah hasil daripada hubungan kukuh dengan pelanggan dan ia adalah keutamaan kami.

“Kami bukan saja menawarkan perkhidmatan yang memudahkan tetapi dalam masa sama menjangkau jangkaan pelanggan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

7-Eleven Malaysia adalah pelopor kedai serbaneka 24 jam di Malaysia dan ketika ini terdapat lebih 2,380 cawangan seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 6:45 AM