MOHARMUSTAQEEM.
MOHARMUSTAQEEM.
Syarifah Dayana Syed Bakri


UNIFI terus menyampaikan #khabarbaik kepada peminat sukan dan penyokong atlet kebangsaan dengan membuka penyertaan untuk merebut peluang menyokong kontinjen Malaysia pada Sukan SEA ke-30 di Filipina yang akan bermula pada 30 November ini.

Peraduan yang dinamakan ‘unifi Tanah Pusaka’ ini memerlukan peserta menyampaikan lagu patriotik tahun 1960-an bertajuk ‘Tanah Pusaka’ secara kreatif.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmustaqeem Mohammed berkata, unifi percaya bahawa semangat adalah pemacu yang penting untuk menghasilkan kandungan yang bermutu.

“Oleh itu, kami mahu menghasilkan semangat yang sama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sebagai tanda sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding dalam Sukan SEA ke-30, kami telah merakamkan versi Tanah Pusaka kami sendiri di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, dengan kumpulan muzik indie legenda, Butterfingers,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

unifi telah menerbitkan versi ‘Tanah Pusaka’ tersendiri sebagai tanda penghargaan kepada versi asal serta sebagai lagu tema tanda sokongan kepada atlet negara yang bersaing di Sukan SEA.

“Demi semangat #khabarbaik, kami mencabar rakyat Malaysia untuk mempamerkan sokongan mereka secara kreatif menerusi versi ‘Tanah Pusaka’ mereka sendiri,” katanya.

Tempoh peraduan bermula sekarang dan akan berakhir pada 15 November ini.

Pemenang dengan penyertaan yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke Filipina, dua tiket ke Majlis Pembukaan Sukan SEA 2019, penginapan hotel, pemindahan lapangan terbang, dan insurans perjalanan.

Hanya lima penyertaan paling kreatif yang memenuhi kriteria akan dipilih dan senarai pemenang akan diumumkan pada 16 November 2019.

  • Lagi berita berkaitan Sukan SEA Filipina 2019
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Oktober 2019 @ 4:45 PM