KETUA Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey (kiri) dan Lee menunjukkan koleksi cawan dan patung trio We Bare Bears iaitu Ice Bear, Panda and Grizzly.
Oleh Sofyan Rizal Ishak


KUALA LUMPUR: Peminat siri animasi popular, We Bare Bears kini boleh menebus koleksi cawan eksklusif Around the World with We Bare Bears di 2,382 rangkaian 7-Eleven di seluruh negara.

Koleksi cawan We Bare Bears ini didatangkan dalam 35 rekaan berwarna dengan setiap daripada cawan itu menampilkan negara antaranya Malaysia, England, Jepun dan Belgium.

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee berkata, pihaknya yakin peminat trio beruang itu teruja dengan kempen terbaharu ini berikutan francais Cartoon Network ini mempunyai pengikut yang ramai.

“Setiap reka bentuk cawan mempunyai mercu tanda ikonik dan kostum kebangsaan dari pelbagai negara di mana ia adalah peluang pembelajaran untuk golongan muda mengenali budaya yang berbeza di negara-negara ini.

“Koleksi cawan bebas BPA ini juga sesuai untuk musim cuti yang akan datang di mana ia boleh digunakan untuk menikmati minuman ketika menyertai pesta makan malam bersama rakan dan keluarga,” katanya, semalam.

Bermula dari sekarang hingga 30 Disember ini, pelanggan yang berbelanja RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia akan menerima pelekat program dengan satu pelekat bonus akan ditawarkan jika pembelian membabitkan produk rakan terpilih daripada jenama Heaven & Earth dan P&G.

Perluasan pilihan makanan segar termasuk pau 7-Eleven dan onigiri juga terbabit sebagai produk rakan terpilih kempen ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 8:09 AM