PEMBAYAR cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan mendapat penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan. FOTO Zunnur Al Shafiq
PEMBAYAR cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan mendapat penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan. FOTO Zunnur Al Shafiq
Sri Ayu Kartika Amri


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), membenarkan penangguhan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

Penangguhan itu adalah bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan, berikutan kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE 2020) untuk menangani impak ekonomi kesan daripada wabak Covid-19.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, LHDNM berkata, pihaknya juga membenarkan pindaan anggaran cukai pada bulan ketiga ansuran jika ia jatuh dalam tahun 2020 kepada pembayar cukai bagi semua sektor perniagaan yang terjejas.

“Sehubungan itu, LHDNM ingin memaklumkan bahawa Borang Permohonan Penangguhan Bayaran Anggaran Cukai dan Borang Permohonan Pindaan Anggaran Cukai Pada Bulan Ke-3 Ansuran Dalam Tahun 2020 di bawah PRE 2020 telah dimuatnaik ke Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 3:50 PM