GRAB turut menawarkan penghantaran percuma. FOTO ASYRAF HAMZAH
GRAB turut menawarkan penghantaran percuma. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Bagi memudahkan pergerakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Grab memperkenalkan pilihan ambil sendiri di GrabFood dan Pasar di GrabMart bagi memastikan rakyat Malaysia kekal terlindung dalam tempoh mencabar ini.

Grab dalam kenyataan berkata, pilihan ambil sendiri itu, dikenali sebagai Tapau tidak memerlukan pelanggan menunggu pesanan, tanpa tunai dan tanpa kontak, dengan matlamat bukan hanya membantu restoran menjana lebih banyak pendapatan, tetapi membantu pelanggan menjimatkan masa dan mengelak daripada orang yang ramai.

“Kami melancarkan Pasar, iaitu lanjutan GrabMart dan kami menyasarkan membawa produk segar pasaran tempatan, ayam, daging dan makanan laut kepada isi rumah Malaysia. Pada masa ini, kami bermula dengan Pasar TTDI dan kami harap diperluas kepada lebih banyak pasaran,” katanya.

Menurutnya, menjelang 25 Mac (esok), GrabMart boleh didapati di Pulau Pinang, Johor Bharu, Melaka, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh.

“Kami harap dapat memberi perkhidmatan kepada lebih banyak kediaman dengan keperluan harian, produk kesihatan dan produk yang menggalakkan imuniti, cecair pembasmi kuman serta makanan dan minuman.

“Kami menawarkan penghantaran percuma, 30 peratus daripada GrabFood Signatures, dan 50 peratus daripada keperluan kesihatan GrabMart.

“Ini dapat mendorong banyak peluang pendapatan kepada peniaga dan rakan kongsi penghantaran.

“Oleh itu, setiap kali ada seseorang dalam komuniti membuat pesanan, mereka bukan saja menjimatkan perbelanjaan, tetapi menyokong dua mata pencarian lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2020 @ 6:45 AM
Digital NSTP Subscribe