AIR Asia. FOTO NSTP
AIR Asia. FOTO NSTP


AIRASIA kini melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.

Selain itu, penumpang juga diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.

AirAsia dalam kenyataan berkata, penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini boleh membuat beberapa pilihan.

"Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

"Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 7:41 PM