KEMPEN ini berlangsung empat hari bermula 1 hingga 4 Jun ini.
KEMPEN ini berlangsung empat hari bermula 1 hingga 4 Jun ini.

SHELL Malaysia menawarkan ganjaran hebat untuk pelanggan yang kembali berurus niaga di stesen Shell seluruh negara melalui kempen #AkuRindu sejurus selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain berkata, pihaknya mengambil kesempatan memberi tawaran istimewa di rangkaian stesennya.

"Covid-19 cabaran buat semua orang dan memberi kesan kepada kesihatan, gaya hidup serta cara meneruskan kehidupan.

"Dengan keadaan yang semakin reda, kami di Shell mengucapkan Selamat Kembali dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang berurusan di kaunter stesen Shell.

"Kami harap kempen #AkuRindu membantu pelanggan mendapatkan semula semangat supaya dapat meneruskan perjalanan kehidupan selepas ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

Kempen ini berlangsung empat hari bermula 1 hingga 4 Jun ini.

Pada 1 Jun, pelanggan berpeluang mendapatkan lima kali ganda mata ganjaran BonusLink untuk setiap pembelian seliter petrol.

Manakala pada 2 Jun pula, Shell menawarkan diskaun 50 peratus bagi mana-mana minyak motosikal Shell Advance AX7 (1L) yang berharga antara RM33 dan RM34.90.

Pada 3 dan 4 Jun ini, pelanggan boleh mendapatkan ais krim Cornetto (vanila atau coklat) atau susu Goodday 250ml hanya pada harga RM1.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati 'beli satu percuma satu' bagi pastri Deli2go iaitu Hexagon Doughnut di Semenanjung dan Sardine Puff di Sabah dan Sarawak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 7:20 AM