KIM gembira membantu usahawan tempatan dan menyokong inisiatif kerajaan memulihkan ekonomi pada masa sukar ini.
KIM gembira membantu usahawan tempatan dan menyokong inisiatif kerajaan memulihkan ekonomi pada masa sukar ini.

CJ Wow Shop menyokong produk tempatan dengan menawarkan barangan platform keusahawanan di Desamall.

Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd, Kim Yang Hyun berkata, pihaknya bekerjasama dengan Elokal Sdn Bhd untuk membawa usahawan tempatan ke platform CJ Wow Shop, sekali gus mengembangkan penawaran sedia ada.

"Kami gembira membantu usahawan tempatan dan menyokong inisiatif kerajaan memulihkan ekonomi pada masa sukar ini.

"Pelanggan kini boleh membeli produk tempatan dengan diskaun istimewa melalui pelbagai pilihan kaedah pembayaran," katanya dalam satu kenyataan.

Usaha sama antara Elokal, pentadbir program [email protected] dan CJ WOW SHOP menyaksikan usahawan tempatan menyertai platform beli-belah CJ Wow Shop di laman web dan aplikasi mudah alih.

Sehingga kini 1,600 usahawan tempatan menyertai inisiatif program [email protected].

Lebih 100 produk dari [email protected] ditawarkan di CJ Wow Shop yang terdiri daripada barangan makanan, minyak masak, minyak wangi, barangan pencuci rumah dan pelbagai pes masakan.

Bermula 10 hingga 16 Ogos ini, pelanggan CJ Wow Shop yang membuat pembelian kali pertama di Desamall menerima diskaun RM20 bagi setiap pembelian minimum RM40.

Antara 17 hingga 31 Ogos ini pula, diskaun tambahan RM10 diberikan kepada pelanggan setia yang kembali dengan pembelian minimum RM30.

CJ Wow Shop kini menawarkan lebih daripada 1,000 produk di platformnya yang pelbagai terdiri daripada barangan rumah ke barangan elektrik, kecantikan, fesyen dan perkhidmatan.

Sehingga kini, 70 peratus produk yang terjual di rangkaian CJ Wow Shop terdiri daripada jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel, Ariani dan SimplySiti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 7:30 AM