SANTAN Saji antara produk baharu yang diperkenalkan.
SANTAN Saji antara produk baharu yang diperkenalkan.
Digital HM

Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV) melalui subsidiarinya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP) memperkenalkan tiga produk baharu di bawah jenama Saji sejajar dengan pengembangannya ke dalam segmen barangan pengguna cepat laris (FMCG).

FGV dalam satu kenyataan semalam berkata, produk itu terdiri daripada beras Saji, gula kasar Saji dan santan Saji yang akan mula dijual pada bulan ini sebagai tambahan kepada produknya yang sedia ada.

"FGV akan memperkenalkan lebih banyak produk FMCG, seiring dengan strategi kumpulan untuk bergerak lebih jauh ke dalam segmen makanan pengguna berjenama.

"Kami mahu membangunkan segmen ini untuk menjadi aliran pendapatan yang lebih kukuh dan mampan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Haris Fadzilah Hassan.

Beliau menambah FGV memanfaatkan kepakaran dalam bidang pertanian untuk terbabit dalam pengeluaran makanan di luar produk berasaskan sawit.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 8:55 AM