Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan memberi jaminan kerajaan akan mengimbangi kawalan pergerakan dan keperluan melakukan aktiviti harian untuk melindungi nyawa dan kehidupan rakyat.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelangsungan ekonomi perlu dilindungi untuk memastikan momentum pemulihan ekonomi dapat dikekalkan.

"Sebagai Menteri Kewangan, adalah penting untuk saya pastikan rakyat dapat terus mencari rezeki dan perniagaan dapat terus berniaga," katanya dalam pembentangan Laporan Laksana Ke-25: Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) menerusi laman sosial Facebooknya, semalam.

Menurutnya, kerajaan mengambil pengalaman daripada langkah-langkah kawalan pergerakan yang lalu dan kesan langkah berkenaan terhadap punca pendapatan dalam usaha memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.

Kerajaan pada minggu ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur selepas mengambil kira peningkatan kes baharu Covid-19 di kawasan tertentu dan juga corak penularan jangkitan wabak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 3:35 PM