KETUA Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.
KETUA Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow.

LAZADA Malaysia akan memberi subsidi pembelian pelanggannya sempena musim cuti ini sekali gus memberikan jaminan harga terendah

Langkah itu dijangka membantu komuniti tempatan dengan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) semasa Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12.

   Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow berkata, kempen jualan berkenaan akan menawarkan tawaran bersubsidi kepada pengguna Lazada bagi membantu mereka mendapatkan nilai terbaik untuk wang mereka.

Selain itu, pihaknya menyasarkan untuk menghulurkan bantuan kepada komuniti tempatan.

"Kami tahu pembeli sedang tercari-cari hadiah yang sesuai untuk mereka yang tersayang dan semasa 12.12 ini, mereka boleh menikmati pelbagai pilihan produk dengan pulangan wang 12 kali ganda melalui Jaminan Harga Terendah kami.

"Ia bagi memenuhi keperluan persiapan musim cuti tahun baharu mereka sambil berjimat dengan setiap ringgit yang dibelanjakan," katanya.

   Menurutnya, pembeli juga akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran Beli 1, Dapat 2 12.12 Bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90 peratus dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda Lazada.

    "Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada mula diperkenalkan semasa jualan 11.11 baru-baru ini dan akan diteruskan semasa 12.12 dengan peningkatan jaminan pulangan wang 12 kali ganda.

   "Dengan lebih tiga juta produk kempen 12.12 daripada jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90 peratus, pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan dalam platform kami pada Disember ini," katanya.

   Selain itu, menerusi LazadaForGood, platform sumbangan digital Lazada juga memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama-sama lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 7:00 AM