GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), menawarkan bantuan bayaran balik bersasar untuk pelanggan Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK yang terjejas banjir.

Dalam kenyataan hari ini, AKPK berkata tawaran itu bagi membantu meringankan beban kewangan mangsa banjir.

"Bantuan bayaran balik ini meliputi penangguhan, atau pengurangan ansuran bulanan PPK, tertakluk kepada permohonan pelanggan dan penilaian AKPK.

"Pelanggan AKPK yang terjejas oleh banjir boleh memohon bantuan bayaran balik secara dalam taliandi http://customer.akpk.org.my/.

"Mereka juga perlu sedia maklum bahawa semua perkhidmatan AKPK adalah percuma dan AKPK tidak pernah melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk berurusan bagi pihak AKPK," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 2:37 PM