MOHD Hafizuddin menunjukkan produk TDC.
MOHD Hafizuddin menunjukkan produk TDC.

TDC Holdings Sdn Bhd (TDC) optimis untuk meneroka pasaran Indonesia tahun ini menerusi produk susu kesihatan C2Joy dan Safe&Joy keluaran syarikat itu.

   Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Mohd Hafizuddin Hiew Abdullah berkata, setakat ini TDC sudah bertapak di pasaran Brunei, Thailand dan Singapura.

   Katanya, setakat ini sebanyak RM1 juta jualan disumbangkan daripada pasaran ketiga-tiga negara terbabit.

   "Bagi pasaran Malaysia pula, kami menyasarkan jualan sebanyak RM300 juta sepanjang tahun ini terutama disumbangkan oleh C2Joy dan Safe&Joy.

   "Selain itu, kami turut merancang untuk mengeluarkan produk kesihatan berasaskan ekstrak buahan dan sayuran jenama Berrymix tidak lama lagi.

   "Malah, TDC juga menerima pengiktirafan patuh syariah bagi syarikat jualan langsung (MLM) dan ini meningkatkan lagi kredibiliti TDC," katanya dalam satu kenyataan.

   Menurutnya, TDC komited membantu orang ramai menjana pendapatan tambahan menerusi produk keluaran syarikat yang berkualiti.

   Mohd Hafizuddin berkata, pihaknya kini menawarkan pakej serendah RM120 untuk menjadi pengedar dan setakat Januari lalu hampir 25,000 peniaga berdaftar di bawah pakej itu.

   Beliau berkata, bagaimanapun, fokus utama TDC adalah menjaga kesejahteraan dan kebajikan ahli dan juga masyarakat.

Katanya, TDC secara khususnya memperuntukkan hampir 90 peratus keuntungan syarikat bagi tanggungjawab sosial korporatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2021 @ 6:58 AM