POKOK ivi mudah dikenali kerana daunya yang berbentuk lembar tiga.
POKOK ivi mudah dikenali kerana daunya yang berbentuk lembar tiga.
HM Digital

Salam deko buat semua. Ini minggu terakhir saya akan berbicara mengenai tumbuhan hiasan yang beracun. Sejak beberapa minggu yang lalu, jika anda tidak terlepas membaca, pastinya sudah mengetahui betapa banyaknya tumbuhan hiasan dijual secara terbuka dan sebenarnya ada yang beracun. Ilmu dalam aspek tumbuhan hiasan serba sedikit dapat membantu anda dalam menangani situasi ini.

Bagi menghias landskap dan taman mini di kediaman anda bukan bergantung kepada pengetahuan rekaan hiasan semata-mata. Malah pengetahuan termasuk mengenali karakter, spesies dan penjagaan tanaman hiasan seharusnya dititik beratkan.

Pokok Ivi

Hedera helix atau lebih dikenali dengan daun ivi atau ‘chang chun teng’ dikatakan boleh menyebabkan iritasi jika buahnya dimakan. Malah, boleh menyebabkan demam dan ruam.

Tanaman ini biasanya berbunga hijau atau kuning dan buah berwarna hijau hingga kuning.

Selain memiliki daun hijau berkilat atau jingga kemerahan ketika musim luruh.

Tanaman ini mudah dikenali kerana daunnya yang berbentuk lembar tiga.

Antara penyebab racun adalah getah berminyak yang dikenali urushiol pada daun, batang dan akar tanaman itu.

Getah tetap ada walaupun tanaman itu sudah mati. Racun daripada getah tanaman ivy ini menyebabkan reaksi alergi kulit jika tersentuh.

Philodendron

Philodendron adalah tanaman bahaya buat manusia dan haiwan peliharaan. Bagaimanapun, ia dikenali atau popular kerana daunnya yang unik. Menariknya ia antara pelengkap taman konsep ala Bali atau Nusantara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2017 @ 10:54 AM