KAWASAN pembangunan baru mengimbangi persekitaran segar dan hijau.
Hartini Mohd Nawi


Pembangunan landskap lebih sempurna apabila fungsinya benar-benar memanfaatkan pengguna.

Kekuatannya juga dilihat menerusi interaksi pengguna dengan keadaan alam sekitar itu.

Dalam memperjuangkan persekitaran bersih, selamat dan terpulihara sepanjang masa, Institut Landskap Akitek Malaysia (ILAM) bakal menganjurkan SPARK (Space & Park) pada 25 hingga 26 Oktober ini.

Bertempat di Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) Centre, Jalan Tanduk Bangsar, Kuala Lumpur, Dialog Antarabangsa Landskap Akitek (ILAD) itu diadakan sempena sambutan Bulan Reka Bentuk Kuala Lumpur 2017.

INTERAKSI pengguna dengan keadaan alam sekitar itu sendiri.

Bertemakan ‘Creating Spaces Connecting people,’ ia mendapat kerjasama Platinum Pr dan My Performing Arts Agency serta sokongan daripada Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Objektifnya adalah perkongsian pengalaman, inspirasi pemikiran kritikal, paparan perspektif baru, dialog progresif dan penubuhan rangkaian platform yang semuanya membabitkan landskap.

Menurut Presiden ILAM, Prof Madya Dr Osman Mohd Tahir, dialog yang diadakan sepanjang dua hari ini diisi dengan pelbagai program menarik dalam suasana santai.

MANUSIA memerlukan ruang, namun bagaimana ruang itu memanfaatkan penggunanya?

“SPARK membabitkan penciptaan ruang dan hubungannya dengan pengguna.

“Secara tidak langsung ia bermatlamat membangunkan hubungan alam (landskap) dengan pengguna.

“Secara lumrahnya, manusia memerlukan ruang, namun bagaimana ruang itu memanfaatkan penggunanya?

“Selain itu, ruang yang diwujudkan adakah mempunyai hubungan antara satu kawasan dengan kawasan lain,” katanya di Fakulti Rekabentuk dan Senireka, Universiti Putra Malaysia (UPM), Selasa lalu.

LANDSKAP dianggap sempurna apabila fungsinya benar-benar memanfaatkan pengguna.

“Membariskan antara 12 hingga 15 penceramah profesional, dialog berkenaan memberi tumpuan kepada beberapa segmen.

“Antaranya perbentangan perbentangan kertas kerja dan perkongsian pengalaman berkenaan pembangunan landskap.

“Malah, turut menyenaraikan dokumentari Elevated Thingking: The High Line in New York City, meneroka ruang ‘hipster’ dan bergaya di Bangsar yang dibangunkan untuk penduduk bandar menerusi sesi Hipster Walk,” kata Dr Osman.

Dr Osman berkata, pada masa sama anda juga dihidangkan dengan ‘Design at Heart’ itu perkongsian pengalaman pengarah rekaan Pisit Aongskultong berkenaan reka bentuk Keemala Hotel.

Keemala Hotel terletak di Phuket, Thailand yang menyajikan pengalaman reka bentuk binaan dan landskap unik sebagai tarikan.

Justeru, lapangkan waktu anda untuk menghadiri ILAD ini kerana penyertaan masih dibuka kepada umum.

Anda juga boleh mendaftar atas talian menerusi www.ilamalaysia.org/spark2017

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 8:09 AM