TERSERGAM gagah COURTS Megastore di Tampines, Singapura.
Hartini Mohd Nawi


Peneraju peruncitan utama barangan elektrik, produk teknologi maklumat (IT) dan perabot kediaman atau pejabat COURTS Megastore sentiasa berusaha memenuhi keperluan masyarakat Singapura dengan pengalaman kehidupan di apartmen moden.

Menerusi pembukaan rasmi COURTS Megastore di Tampines pada 11 November lalu dengan keluasan 136,000 kaki persegi itu menawarkan pengalaman dan perkhidmatan membeli-belah yang terbaik pada harga berpatutan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Negara COURTS Singapura Ben Tan reka bentuk baru megastore itu menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronokkan.

“Rekaan setiap bahagian juga mudah diakses selain suasana lebih segar, selesa, praktikal dan memberikan idea dekorasi terbaik buat kediaman atau pejabat.

“Selari dengan pelancaran slogan jenama baru ‘Better Living, Better Prices’, COURTS turut memberikan tawaran dan harga istimewa buat pelanggannya,” katanya.


PELBAGAI rekaan set meja makan.

Ben berkata kerja pengubahsuaian ruang atau bahagian dilakukan dalam tempoh dua bulan, menggabungkan pelbagai kelengkapan yang memenuhi keperluan pengguna khususnya pemilik apartmen merangkumi kepakaran komersial, barangan visual, elektirik, IT dan digital, perabot serta aksesori hiasan dalaman.

Tranformasi trend dekorasi dan gaya pilihan

Empat idea penataan musim baru diketengahkan iaitu Natural Craft, Metropolitan, Modern Luxe dan Industrial Loft.

Natural Craft sesuai buat anda yang gemar suasana semula jadi dengan pilihan kayu dan sofa berfabrik kulit.

Metropolitan memperlihatkan padanan sofa yang disesuaikan dengan palet warna gelap umpamanya.

Modern Luxe secara langsung menawarkan gaya terkini buat ruang kediaman anda khususnya jenis apartmen.

Industrial Loft pula mengangkat gaya industri pada pilihan sofa termasuk didatangkan dengan warna coklat gelap, logam, seakan simen dan kemasan kulit vintaj.

Dapatkan juga sajian kopi percuma di MO Cafe dengan setiap rundingan pilihan perabot. Selain Subway di tingkat tiga.


PADANAN warna gelap pada sofa dengan latar dinding terang dalam gaya Metropolitan.

Sementara COURTS Home pula menawarkan rekaan perabot yang memenuhi keperluan ruang praktikal khususnya kediaman bersaiz apartmen.

Perabot balkoni sama ada ruang luar atau dalaman nyata tahan lasak dan memberikan pilihan terbaik sesuai dengan gaya hidup anda.

Begitu juga dengan kemasan dan aksesori hiasan lain termasuk langsir, bidai, kelengkapan bilik tudur dan set meja makan.

“Malah pelanggan juga berpeluang menyesuaikan sendiri rekaan atau tempahan khas sofa dan kemasan kerana lebih dari 2,500 rek bentuk serta fabrik ditawarkan.


GAYA Industrial Loft yang mengangkat penataan sinonim dengan industri.

“Tidak ketinggalan, COURTS Megastore juga tampil dengan pengubahsuaian 11 galeri bilik tidur nyata eksklusif dengan lebih daripada 1,000 tilam daripada 23 jenama dan reka bentuk katil eksklusif.

“Design Studio by COURTS adalah pusat sehenti reka bentuk dalaman, pengubahsuaian, kelengkapan, pilihan pembiayaian yang fleksibel dan menghubungkan kediaman pintar.

“Di situ pelanggan akan dibimbing pakar perunding supaya keperluan, cita rasa dan bajet bergerak selari,”kata Ben.


PERKONGSIAN idea lebih sempurna menerusi Design Studio by COURTS

Lebih mengujakan lagi, Galeri Home yang terletak di tingkat dua pula menawarkan idea dekorasi dinamik dan segar berlatarkan produk COURTS.

Bagi idea menghias ruang dengan eksperimen dan padanan cat sempurna, dapatkan pelbagai pilihan Dulux di tingkat satu.

Luangkan juga masa ke Samsung Open House 2.0, LG Home Entertainment, Gaming Zone dan GURU by COURTS.

Maklumat lanjut dan membeli dalam talian juga boleh layari www.courts.com.sg


DAPATKAN maklumat lanjut di GURU by COURTS.

COURTS Malaysia

Sementara itu COURTS Malaysia sentiasa komited untuk memenuhi setiap keperluan dan cita rasa pelanggan di kesemua cawangannya di seluruh negara.

Menerusi MY COURTS Dream Wedding Fair, pasangan pengantin baru berpeluang mendapatkan pelbagai kelengkapan rumah pada harga amat berpatutan untuk menjalani kehidupan baru.

Pesta jualan sehingga 29 November itu menawarkan pelbagai pakej lengkap untuk ruang tamu dan bilik tidur termasuk set sofa, tilam dan saiz katil ‘queen’.

Tambahan dalam pakej ialah tawaran pembelian dengan pembelian pastinya menarik perhatian.

Antaranya termasuk Samsung Microwave Oven pada RM59 (asal RM249), peti ais Panasonic pada RM299 (asal RM695) dan Philip LED TV 32 inci pada RM299 (asal RM699).

Selain tawaran diskaun untuk pelbagai item termasuk kabinet televisyan, set ruang makan, set cadar dan ‘divans.’

Diskaun istimewa untuk penghantaran, pemasangan dan perkhidmatan pembersihan perabot.

Layari www.courts.com.my untuk keterangan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2017 @ 12:05 AM