REKAAN Palermo, koleksi Nicollo lebih moden dan kontemporari.
Aniza Zainudin


Rekaan eksklusif 14 variasi sofa daripada 70 jenis fabrik pelbagai rona dan tekstur bagi memenuhi tema, idea serta gaya tata hias ruang tamu menjadi tawaran terbaru Courts Malaysia (Courts) menjelang kehadiran Aidilfitri, Jun nanti.

Koleksi elegan Hari Raya 2018 ini terdiri daripada model Silentnight dan Nicollo terpilih yang boleh disesuaikan mengikut cita rasa, keperluan dan pilihan individu bagi memperindahkan lagi ruang kediaman masing-masing.

Tampil dengan rekaan sofa klasik, moden dan kontemporari, koleksi berkualiti tinggi ini menawarkan penjimatan besar kepada pelanggan Courts sepanjang promosi hari raya, ‘Bijak Berbelanja Senang Ria.’

Pengarah Pemasarannya, Low Bee Yin berkata, bertepatan dengan kemeriahan Aidilfitri yang bakal menjelang dan disifatkan satu perayaan menyatukan seluruh negara, Courts berhasrat meraikan pelanggan setia dengan menyediakan perabot rekaan eksklusif pada harga berpatutan.

VENICE pilihan terbaik untuk sekeluarga.

“Promosi hari raya ini menawarkan pilihan sofa berkualiti tinggi dan direka bagi memenuhi keperluan pelanggan pada harga terendah bersesuaian dengan kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Penggemar reka bentuk moden dan kontemporari boleh memiliki rekaan Rachel dan Metro dari koleksi Silentnight serta Palermo selain Venice dari koleksi Nicollo yang lebih menarik perhatian.

“Rekaan Torino, Donelle dan Oxford dari koleksi Nicollo pula pilihan tepat buat mereka yang meminati sofa dengan sentuhan kulit.

“Memahami keperluan pasangan muda, Courts Malaysia turut tampil dengan rekaan sofa Adele atau Jemma (Silentnight) serta Messina (Nicollo) yang sempurna bagi ruang lebih kecil seperti apartmen, malah harganya di bawah RM2,000 sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

REKAAN Jemma dan Messina yang bergaya sesuai bagi ruang lebih kecil.

Menurut Low lagi, rangkaian koleksi sofa eksklusif ini mempunyai bingkai tahan lama yang dibina menggunakan enam lapisan kayu dengan teknik paling moden.

Bagi memaksimumkan keselesaan, Courts turut mempertimbangkan aspek reka bentuk dan penghasilan kusyen sofa.

Dua balutan kusyen sofa dengan penyandar rehat belakang mengandungi busa dan serat, menjadikan ia lebih kukuh, selesa dan memberikan sokongan kepada tubuh pengguna.

Semua 14 rekaan sofa ini boleh didapati di seluruh Courts untuk pembelian dengan tawaran diskaun hingga 35 peratus bermula sekarang hingga 17 Jun nanti melalui promosi ‘Bijak Berbelanja Senang Ria.’

Hanya mengambil masa kira-kira 14 hari untuk tiba di rumah pelanggan, Courts turut mempelbagaikan promosi termasuk diskaun 30 peratus bagi meja makan dan meja kopi dengan pembelian mana-mana 14 koleksi ini.

REKAAN Victoria menyerikan lagi ruang tamu.

Pelanggan juga berpeluang mendapat diskaun tambahan 50 peratus menerusi ‘Diskaun Super Kredit’ bagi pembelian perabot rangkaian Silentnight, Style Master atau Dorma.

Promosi hari raya juga boleh dinikmati menerusi Courts FlexiCredit apabila pelanggan membeli sofa koleksi Silentnight akan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 50 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 12:25 AM