THE Saddle Camp sesuai untuk pencinta haiwan.
THE Saddle Camp sesuai untuk pencinta haiwan.
THE Whispers sememangnya lokasi yang sempurna untuk meneroka rantau Blue Mountains.
THE Whispers sememangnya lokasi yang sempurna untuk meneroka rantau Blue Mountains.
TILBA Lake Camp menyajikan pemandangan indah.
TILBA Lake Camp menyajikan pemandangan indah.
ARABELLA adalah kabin mesra alam.
ARABELLA adalah kabin mesra alam.
Zaitie Satibi


MENIKMATI percutian yang menawarkan tempat tinggal unik sudah menjadi trend dalam kembara bermula dari rumah pokok ke perkhemahan mewah. Namun Destination New South Wales menyenaraikan lapan rumah ‘sempit’ di tenggara Australia untuk dihuni dalam percutian sepanjang tahun ini. Biarpun kecil, memiliki karakter yang besar apabila menerapkan seni bina mengagumkan, minimalis dan mesra alam.

1. Arabella

Kabin mesra alam Arabella di Kangaroo Valley dibina khas untuk memuatkan sehingga lima orang. Ruangannya dilengkapi pendingin hawa dan dapur untuk memasak serta bilik air kiub kaca dengan tab mandi. Turut dibina pendiang kecil yang boleh digunakan untuk memanggang makanan.

NAMA In2theWild adalah sempena nama judul buku kegemaran pemiliknya.
NAMA In2theWild adalah sempena nama judul buku kegemaran pemiliknya.

2. In2theWild

Kediaman kecil untuk empat orang ini dinamakan Into The Wild sempena judul buku kegemaran pemiliknya. Terletak kira-kira dua jam perjalanan dari pusat bandar raya Sydney, ia dilengkapi bilik air dengan pemanas, katil dan pendiang api bersama tempat istirahat di ruang luar rumah.

3. Tallarook Tiny Home

Binaan yang direka untuk tiga orang ini terletak di belantara asli di Sungai Clyde bahagian selatan New South Wales. Satukan diri anda dalam keindahan alam semula jadi seluas 50 ekar dengan menjejak denai, berkayak dan melihat hidupan liar atau bersantai saja di kabin dengan pelbagai kemudahan selesa.

6 SIZTEEN The Banks membabitkan binaan tingkap yang banyak bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sepuas-puasnya.
6 SIZTEEN The Banks membabitkan binaan tingkap yang banyak bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sepuas-puasnya.

4. Tilba Lake Camp

Satu daripada rumah percutian ‘sempit’ di New South Wales, Tilba Lake Camp mempunyai pelbagai bentuk penginapan termasuk khemah dan dua pondok bercirikan eko, Bonnie dan Clyde. Terletak di dermaga pantai dengan pemandangan tasik, lautan dan gunung. Pondok untuk pasangan dilengkapi katil, dapur dengan pelbagai perkakas elektrik serta pendiang api sendiri di luar pondok.

5. The Loft

Bertentangan dengan Cudgegong Valley dan dikelilingi belukar asli, The Loft adalah rumah eko untuk dua orang yang direka dengan gaya Nordic. Tetamu boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam di atas dek atau bersarapan di dapur yang serba lengkap. Mereka juga dijamu kopi buatan Itali atau teh serta berehat sambil membaca di ruangan khas disediakan tuan rumah.

6. The Whispers

Lokasi yang sempurna untuk meneroka rantau Blue Mountains. Warga kota yang datang pasti menyukai gaya kontemporari, persekitaran luar bandar dan tempat kerja mesra komputer riba di rumah kecil ini berhampiran Lithgow. Tetamu boleh menjalankan aktiviti riadah menjejak denai sepanjang satu kilometer atau berbasikal gunung. Sebelah malam pula menikmati unggun api di rumah ladang dengan ternakan biri-biri, ayam, itik dan merak.

6 SIZTEEN The Banks membabitkan binaan tingkap yang banyak bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sepuas-puasnya.
6 SIZTEEN The Banks membabitkan binaan tingkap yang banyak bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sepuas-puasnya.

7. 6Sixteen The Banks

Sebuah rumah sempit dengan binaan tingkap yang banyak bagi membolehkan tetamu melihat pemandangan sepuas-puasnya. Terletak dalam ladang di Agnes Banks sebelah selatan Sydney, rumah ini tidak jauh dari kafe bercirikan gaya Windsor di Kurrajong Village dan Glenbrook. Dengan bilik tidur loteng yang mewah dan katil sofa boleh ditarik keluar selesa, ia cukup untuk empat tetamu.

TALLAROOK Tiny Home binaan direka untuk menempatkan tiga orang.
TALLAROOK Tiny Home binaan direka untuk menempatkan tiga orang.

8. The Saddle Camp

Rumah sempit ini dinamakan oleh The Business Insider sebagai satu daripada sembilan rumah paling sejuk di seluruh dunia. Sesuai untuk pencinta haiwan, ia terletak di Braidwood iaitu ladang menunggang kuda. Kediaman ini digayakan dengan warna kelabu dan putih dengan kayu semula jadi, ditambah dapur lengkap dan katil loteng yang selesa. Juga terdapat kafe kecil untuk menikmati kopi dan kek.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 11:05 AM