KEMAS rekaan ditampilkan Fahim.
HM Digital

Permukaan jam boleh mengikut rekaan diingini pelanggan antara keistimewaan aksesori jam ‘custom’ dipasarkan butik dalam talian Jejaka Masa (JM).

Menurut pengasasnya, Muhammad Fahim Misnan kini 10 pilihan jenis jam boleh ditukar rekaan permukaannya.

“Ketika ini 10 jam boleh dipilih mengikut kesesuaian baik pelanggan lelaki mahupun perempuan. Kemudian pelanggan boleh memberi sendiri rekaan mereka ingini mahupun rekaan yang kami hasilkan mengikut permintaan mereka.

“Idea produk ini tercetus menerusi hobi saya suka mengumpul jam. Ketika itu saya ingin mencari jam tertera nama saya pada permukaannya tetapi sukar. Jadi saya belajar mengenai komponen penting termasuk cara buka jam.

“Harga memiliki jam ini bermula RM40 hingga RM60 bergantung pada jenis dan rekaan jam diingini pelanggan. Ketika ini butik dalam talian sering dikunjungi pelanggan pelbagai peringkat umur dari seluruh negara dan tidak kurang juga dari Brunei,” katanya.

Mereka yang berminat mendapatkan aksesori unik ini boleh melayari laman Facebook Jejaka Masa Shop atau Instagram Jejaka_Masa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 2:15 AM