PADANAN dengan stoking pilihan remaja gemar berfesyen.
PADANAN dengan stoking pilihan remaja gemar berfesyen.
PADANAN dengan stoking pilihan remaja gemar berfesyen.
Redzuan Muharam
gen.y@hmetro.com.my


Padanan sandal dan stoking mungkin nampak janggal namun gaya itu sebenarnya tidak asing lagi malah menjadi trend remaja luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain pengaruh fesyen, sandal mungkin dipilih menggantikan kasut kerana lebih selesa dan ringan ketika dipakai.

Malah, jangan khuatir kerana sandal sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian termasuk dress untuk gadis yang gemar bergaya.

Jejaka pula boleh menyarung baju-T dan seluar pendek bersama sandal dengan padanan stoking bercorak untuk menyerlahkan gaya kasual.

Itu soal pakaian namun ada lagi yang lebih penting iaitu pemilihan sandal dan berikut beberapa ciri yang perlu diambil kira sebelum membelinya :

BAHAN BUATAN

Cuaca kini tidak menentu jadi penting untuk anda mengambil kira jenis bahan yang digunakan untuk membuat sandal.

Jadi, pilih tali sandal yang diperbuat daripada bahan polyester kerana ia mudah kering sekiranya basah.

TIDAK MUDAH BERBAU

Sandal yang lembap atau basah akibat terkena air cenderung mengeluarkan bau yang busuk.

Bukan saja anda malah individu sekeliling pasti tidak selesa dengan keadaan ini jadi penting untuk membeli sandal yang betul.

Jadi, sandal yang dirawat dengan Microban, teknologi antimicrobial berasaskan zink adalah pilihan tepat lebih-lebih lagi untuk remaja lasak.

KEKUATAN TAPAK

Sama seperti kasut, sandal selalu digunakan jadi penting untuk pemakai mengambil kira soal tapak.

Oleh itu, tapak dalaman jenis kusyen ‘shoc pad’ sesuai kerana berupaya menyerap hentakan dengan baik.

TAHAN LASAK

Kebanyakan individu lebih cenderung memilih kasut kerana bimbang terjatuh jika melalui lantai licin ketika memakai sandal.

Namun, tapak luaran sandal yang diperbuat daripada ‘spider rubber’ mempunyai daya cengkaman lebih baik.

Malah, ia sesuai digunakan untuk pendakian jarak dekat seperti bukit.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 2:40 AM