Skandal penderaan seks dan peras ugut ratusan mangsa menimbulkan perbalahan di wilayah Punjab. FOTO Agensi
AFP

MAHKAMAH di Pakistan melepas dan membebaskan 12 lelaki daripada tuduhan penderaan seksual kanak-kanak dan peras ugut dalam keputusan terbaru membabitkan skandal fidofilia besar yang menggemparkan negara itu pada Ogos 2015.

Skandal penderaan seks dan peras ugut itu disifatkan pihak berkuasa sebagai terbesar dalam sejarah Pakistan dilaporkan membabitkan ratusan mangsa di wilayah Punjab.

Dua tertuduh dihukum penjara seumur hidup, April tahun lalu.

Hakim Chaudhry Ilyas membebaskan lelaki berkenaan daripada tuduhan ‘€˜penderaan seksual budak lelaki kecil dan membuat video untuk memeras ugut keluarganya,’ kata pegawai mahkamah kepada Agensi.

Pendakwa mengemukakan 16 saksi tetapi gagal membuktikan tuduhan berkenaan.

Perkara itu disahkan seorang lagi pegawai mahkamah.

Video dibuat di kampung Hussain Khanwala, Kasur, membabitkan sekurang-kurangnya 280 kanak-kanak didera secara seksual oleh kumpulan yang memeras ugut keluarga mereka dengan mengancam menyebarkannya.

Polis pada awalnya gagal bertindak walaupun dirayu ibu bapa akhirnya membuat beberapa penangkapan selepas perbalahan dengan keluarga mangsa dibawa kepada perhatian media.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2018 @ 10:23 PM