SERANGAN ke atas Syria oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. FOTO AFP
SERANGAN ke atas Syria oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. FOTO AFP
AFP

AHLI Kongres pembangkang dari Demokrat memberi amaran kepada Presiden Donald Trump bahawa beliau memerlukan kelulusan Kongres bagi sebarang kempen ketenteraan yang lebih besar.

Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, mahukan Trump membentangkan kepada Kongres rancangan ketenteraan lengkap jika mahu meneruskan operasi ketenteraan.

“Trump perlu memohon kebenaran Kongres bagi mendapatkan AUMF (kebenaran menggunakan ketenteraan) baru, membentangkan tujuan dan perlu mengaitkan Putih (Presiden Russia Vladimir Putn) dengan pertumpahan darah dilakukannya,” katanya.

Sebelum ini, sebahagian besar operasi tentera Amerika terhadap kumpulan pelampau, termasuk di Syria, dilakukan selepas AUMF diluluskan Kongres sejak serangan 9/11.

Senator Demokrat, Tim Kaine, yang dicalonkan sebagai naib presiden pada 2016, berkata walaupun serangan senjata kimia di Syria minggu lalu memang tidak wajar, namun serangan diarahkan Trump hari ini, tidak sah.

“Kongres tidak sepatutnya memberi ‘cek kosong’ kepada presiden untuk melancarkan perang terhadap sesiapa saja, di mana saja.

“Hari ini kita menyerang Syria, namun apa yang akan menghalang beliau (Trump) daripada mengebom Iran atau Korea Utara selepas ini,” katanya.

Ahli Kongres Eric Swalwell mengingatkan kembali tindakan Trump melancarkan serangan peluru berpandu tanpa kelulusan Kongres terhadap pangkalan udara Syria tahun lalu.

“Apa perubahan berlaku? Tiada. Mereka masih menggunakan senjata kimia.

“Ini adalah hasil kegagalan melaksanakan strategi bagi menyelesaikan masalah di Asia Barat,” katanya.

Ahli Kongres Republikan sebahagian besarnya menyokong serangan bersama Amerika, Perancis dan Britain hari ini.

Namun, Ahli Kongres Republikan, Justin Amash, berkata serangan terhadap Syria hari ini, menyalahi perlembagaan, tidak sah dan membahayakan. - AFP

Berita berkaitan

Amerika, Perancis, Britain serang Syria

Syria tembak jatuh 13 peluru berpandu

US kata serangan sudah selesai

US kata serangan sudah selesai

Serangan Syria: Tindakan haram, akan gagal

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 April 2018 @ 1:50 PM