Skip this ad x
HIASAN.
AFP

BEIRUT: Satu pertempuran tidak dijangka, di antara rejim Syria dan tentera sekutu diketuai Amerika Syarikat tercetus sehingga mengorbankan 15 nyawa.

Kumpulan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria (SOHR) menyebut, pertempuran di wilayah Deir Ezzor membunuh sembilan pejuang pro-rejim serta enam anggota Tentera Demokratik Syria disokong AS.

Agensi berita kebangsaan SANA berkata tentera merampas dan menguasai empat kawasan perkampungan di wilayah timur, kawasan puak Kurdis diketuai sekutu SDF berjuang menentang kumpulan Daesh.

Menurut kumpulan pemantau, pasukan sekutu kemudian menawan tiga daripada empat kawasan perkampungan berkenaan.

Insiden di antara dua pihak itu pernah berlaku sebelum ini, tetapi menurut ketua SOHR, Rami Abdel Rahman ia adalah pertama kali rejim melancarkan operasi untuk merampas wilayah daripada SDF.

“Sasaran rejim adalah untuk melindungi Deir Ezzor dengan mengusir keluar pejuang SDF dari bahagian timur Sungai Euphrates,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 4:56 AM