MAYAT salah seorang mangsa feri karam di Danau Toba dibawa pihak berkuasa Indonesia. Foto REUTERS
Reuters

AGENSI mencari dan menyelamat Indonesia memaklumkan jumlah mangsa hilang dalam tragedi feri karam di Danau Toba bertambah kepada 180 orang, berbanding 130 sebelum ini.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda lebih banyak dari kapasiti dibenarkan dalam feri berkenaan pada satu-satu masa.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional, Budiawan berkata, 18 mangsa ditemui dalam keadaan selamat manakala dua mayat ditemui Isnin lalu.

“Berdasarkan data baru diperoleh ini, misi menyelamat kini tertumpu kepada 180 mangsa yang masih hilang,” kata Budiawan.

Menurut beliau, ramai individu sudah tampil ke depan untuk memaklumkan bahawa sebahagian besar penumpang masih belum ditemui.

Berita berkaitan:

Feri karam di Tasik Danau Toba

Berita berkaitan:

Misi menyelamat feri karam diteruskan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 2:48 PM