ARDERN (kiri) bersama anaknya dan Gayford di Hospital Auckland City. FOTO Reuters/Pejabat Perdana Menteri New Zealand
ARDERN (kiri) bersama anaknya dan Gayford di Hospital Auckland City. FOTO Reuters/Pejabat Perdana Menteri New Zealand
AFP

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern selamat melahirkan bayi perempuan di hospital di Auckland, hari ini, menjadikan beliau pemimpin kedua dunia bersalin ketika memegang jawatan.

Ardern, 37, melahirkan anak sulungnya dan pasangan Clarke Gayford, 40.

“Saya yakin kami sedang melalui emosi yang dilalui pasangan yang baru menjadi ibu bapa, pada masa sama bersyukur dengan kebaikan dan ucapan tahniah daripada semua. Terima kasih,” kata Ardern.

Menerusi akaun Instagram, beliau memberitahu bayinya seberat 3.3 kilogram itu sihat dan dalam keadaan baik.

“Kami berdua dalam keadaan baik dan sihat terima kasih kepada pasukan Hospital City Auckland,” katanya.

Pemimpin berkarisma itu mengikut jejak bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto yang melakar sejarah tersendiri melahirkan bayi pada 1990 ketika masih menjawat jawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Jun 2018 @ 7:11 PM