LISA Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York. FOTO Daily Mail/Gabriella Bass
LISA Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York. FOTO Daily Mail/Gabriella Bass
Daily Mail

WANITA pengutip tin yang dipandang hina penduduk tempatan di sekitar bandar New York, Amerika Syarikat mengejutkan jirannya dengan status sebenarnya sebagai jutawan.

Lisa Silversmith yang dikenali sebagai Fiona Fiekowsky, 67, memiliki empat hartanah yang bernilai AS$8 juta (RM32 juta) di sekitar New York.

Daily Mail melaporkan, latar belakang keluarganya juga berpendidikan tinggi apabila ibu bapanya pakar ekonomi kerajaan, manakala suaminya bertugas di Perbadanan Pembangunan Ekonomi Bandar New York.

Sejak 10 tahun lalu, Lisa menolak troli sampah sambil mengutip tin setiap hari dan memperoleh sekitar AS$30 (RM122) sehari.

Katanya, mengutip tin adalah satu cara untuk dirinya bergerak aktif dan mendekati penduduk setempat.

“Keluarga saya berpendapat tabiat saya ini teruk tapi saya rasa lucu. Ia menjadikan saya aktif, dapat berinteraksi dengan masyarakat. Mungkin saya sentiasa yang suka dengan kitar semula. Namun, alasan utama ialah kerana ia aktiviti fizikal.

“Pada masa sama, saya menjana sedikit pendapatan dan memastikan kawasan kejiranan ini sentiasa bersih,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Ogos 2018 @ 10:47 PM