Reuters

MEXICO CITY: Enam anggota polis Mexico ditembak mati di barat negeri Jaslico, kata pihak berkuasa dalam kejadian serangan berdarah ke atas pasukan keselamatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Serangan itu juga berlaku pada hari pertama pemerintahan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang baharu dilantik.

Pendakwa raya Jalisco menerusi laman Twitter berkata, enam anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan bandar raya La Huerta di pantai Pasifik, hanya beberapa hari selepas sernagna ke atas konsulat Amerika Syarikat (AS) di ibu kota Guadalajara.

Seorang jurucakap pendakwa raya berkata, masih tidak diketahui pihak yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu, tetapi kejadian itu berlaku di wilayah Jalisco New Generation Cartel (CJNG), sebuah kumpulan geng dadah paling berpengaruh di Mexico.

Kumpulan CJNG pernah menembak jatuh helikopter tentera pada Mei 2015, ketika percubaan gagal menangkap ketua geng Nemesio Oseguera yang diketuai bekas polis, dikenali sebagai ‘El Mencho’.

Pada Sabtu lalu, pihak berkuasa berkata, mereka sedang menyiasat kejadian serangan bom tangan di konsulat A.S di Guadalajara. Tiada siapa yang cedera dalam serangan itu. Ia berlaku beberap ahari sebelum Gabenor Jalisco yang baharu, Enrique Alfaro, mengambil alih tugas.

Presiden yang baharu dilantik, Lopez Obrador, memberi keutamaan untuk menghapus keganasan geng dadah, yang sudah meragut puluhan ribu nyawa, ketika dua pentadbiran yang lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Disember 2018 @ 2:25 PM