X
RAKAMAN video pasukan penyelamat menarik mangsa yang terperangkap dalam lumpur. FOTO Daily Mail
RAKAMAN video pasukan penyelamat menarik mangsa yang terperangkap dalam lumpur. FOTO Daily Mail
Agensi

BRASILIA: Satu video tersebar menunjukkan saat dramatik seorang wanita ditarik dari lumpur oleh pasukan penyelamat yang menaiki helikopter susulan empangan runtuh di Brazil dalam kejadian yang setakat ini mengakibatkan kematian 58 orang.

Rakaman itu menunjukkan wanita berkenaan berjaya diselamatkan dalam pada penyelamat semakin terdesak mencari mangsa yang masih hidup, lapor Daily Mail.

Empangan yang dikawal syarikat perlombongan Vale itu runtuh pada petang Jumaat (waktu tempatan) di Brumandinho, menyebabkan penduduk sekitarnya dipindahkan.

Sementara itu, Reuters melaporkan anggota penyelamat berusaha sehingga malam mencari sebuah bas dipercayai membawa mangsa yang terbunuh selain sebuah rumah yang mana tiga mayat sudah ditemui, kata jurucakap bomba Pedro Aihara.

“Sehingga mayat terakhir ditemui, pihak kami tetap menganggap ada mangsa yang mungkin hidup.

“Malangnya, semakin masa berlalu, semakin harapan itu akan pudar,” katanya kepada pemberita.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 January 2019 @ 10:47 AM