ARELLANO (kiri) dipenjara seumur hidup kerana membunuh isterinya. -Foto Agensi
Agensi

TEXAS: Seorang lelaki dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh isterinya dengan mengikat leher wanita terbabit dengan batu konkrit lalu menolaknya ke dalam tasik dalam kejadian April 2016.

Daily Mail melaporkan, lelaki berusia 36 tahun itu, Rodolfo ‘Rudy’ Arellano membuat pengakuan di mahkamah pada Rabu lalu dan dijatuhkan hukuman terbabit tanpa parol.

Dalam kejadian berkenaan mangsa, Elizabeth Arellano, 28, dibunuh oleh suaminya kerana berang apabila wanita terbabit mahu bercerai selepas 13 tahun berkahwin.

Anggota polis mengangkat mayat mangsa (gambar kecil) yang maut ditikam. FOTO L Manimaran.

Mayat ibu kepada empat anak itu ditemui di Tasik Worth dalam keadaan lehernya diikat dengan batu konkrit seberat 53 kilogram dan ditolak dari jambatan berhampiran tasik berkenaan.

Batu itu diikat untuk menenggelamkan mangsa di dalam air dan suaminya berjaya ditahan polis kira-kira 10 hari selepas kejadian.

Siasatan awal polis mendapati pada mulanya wanita itu dipercayai membunuh diri namun pemeriksa perubatan Daerah Tarant kemudiannya memutuskan mangsa dibunuh akibat lemas daripada beban batu yang diikat pada leher, lapor Dallas News.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Februari 2019 @ 1:10 PM