SEBAHAGIAN mumia yang dijumpai ahli arkeologi Mesir. FOTO/AFP
Reuters

MINYA: Ahli arkeologi Mesir menemui sebuah makam mengandungi 50 mumia dari zaman Ptolemaic, di Minya, selatan Kaherah, kata kementerian kepurbaan, semalam.

Kira-kira 12 daripada 50 mumia itu yang juga anak-anak ditemui di dalam ruang pengebumian berukuran 4 x 9 meter di tapak arkeologi Tuna El-Gebel.

Setiausaha umum Majlis Tertinggi Kepurbaan, Mostafa Waziri, berkata identiti mumia berkenaan masih belum diketahui.

“Kami tidak menemui tanda nama yang ditulis dalam hieroglifa.

“Ia adalah jelas dari kaedah mumifikasi yang menyatakan bahawa individu di makan itu mempunyai kedudukan tertentu dengan memegang jawatan penting atau berprestij,” katanya Mostafa.

Pelawat, termasuk duta besar dari beberapa negara, berkumpul di tapak penemuan untuk melihat 40 mumia ketika majlis pengumuman.

Sebahagian mumia dibungkus dengan kain linen manakala yang lain ditempatkan di dalam keranda batu atau kayu sarcophagi.

Penemuan arkeologi itu adalah yang pertama tahun ini menerusi misi bersama Pusat Penyelidikan Pengajian Arkeologi Universiti Minya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Februari 2019 @ 11:28 AM