KANAK-KANAK di sebuah sekolah meraikan pembebasan juruterbang India, Komander Abhinandan yang menjadi tahanan sementara Pakistan di Ahmedabad, India. -Foto REUTERS
KANAK-KANAK di sebuah sekolah meraikan pembebasan juruterbang India, Komander Abhinandan yang menjadi tahanan sementara Pakistan di Ahmedabad, India. -Foto REUTERS
AFP

NEW DELHI: Juruterbang India yang menjadi tahanan sementara di Pakistan sempat menelan dokumen sulit tentera bagi mengelak jatuh ke tangan pihak musuh selepas jet pejuang dikendalikan terhempas di Kashmir, Rabu lalu.

Komander Abhinandan Varthaman yang dibebaskan kerajaan Pakistan kelmarin berkata dalam satu video, dia dikejar penduduk sebaik mendarat dengan payung terjun susulan pesawatnya ditembak, menyebabkannya melepaskan tembakan amaran sebelum terjun ke dalam kolam berhampiran.

Sebaik terjun ke dalam kolam, juruterbang itu berkata, dia menelan sebahagian dokumen sulit yang dibawa bersamanya dan selebihnya berjaya dihapuskan dengan berendam dalam air, lapor Daily Mail.

“Dua anggota tentera Pakistan datang menyelamatkan saya dan membawa saya ke unit mereka untuk bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, AFP melaporkan video yang dididedahkan Pakistan sejurus sebelum menyerahkan Abhinandan itu itu dikecam hebat media dan rakyat India. Malah laporan media mendakwa penyerahan Abhinandan kelmarin berlaku lebih lambat daripada dijadualkan kerana dia dipaksa merakamnya sebelum dibebaskan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 8:14 PM