SEEKOR biawak komodo boleh dijual pada harga 500 juta rupiah di luar negara.
SEEKOR biawak komodo boleh dijual pada harga 500 juta rupiah di luar negara.
Agensi

JAKARTA: Kerajaan Nusa Tenggara Timur akan menutup Pulau Komodo untuk sementara waktu mulai Januari tahun depan susulan kes penyeludupan 41 biawak komodo, baru-baru ini.

Akhbar Tempo memetik jurucakap pentadbiran wilayah, Marius Jelamu melaporkan keputusan penutupan pulau itu dilakukan selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.

Siasatan polis mendapati 41 biawak gergasi terbabit dijual pada harga 500 juta rupiah (RM143,280) seekor di luar negara.

Marius menjelaskan, penutupan hanya membabitkan Pulau Komodo dan bukan kawasan pemuliharaan haiwan dilindungi itu.

Pada masa sama, kerajaan boleh menambah baik habitat komodo bagi meningkatkan populasi haiwan berkenaan selain menanam lebih banyak pokok endemik di pulau berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 April 2019 @ 2:04 PM