RIBUAN wanita termasuk suri rumah berebut untuk swafoto bersama Joko.
RIBUAN wanita termasuk suri rumah berebut untuk swafoto bersama Joko.
AFP

JAKARTA: Ribuan wanita termasuk suri rumah berebut untuk mengambil swafoto dengan Presiden Joko Widodo di sebuah acara yang berlangsung di Sragen, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Menurut AFP, wanita berkenaan antara usia 20 hingga 50 tahun dan mereka sanggup menunggu dalam kepanasan demi bertemu pemimpin Indonesia itu.

Mereka menjerit dan berasak-asak, malah turut menolak pengawal keselamatan untuk mendekati Joko.

Peminat Lilis Hastrini, 37,memberitahu AFP dia kecewa kerana tidak berpeluang mengambil swafoto dengan Joko.

“Dia orang yang baik dan penyayang,” katanya sambil menangis.

Wanita itu menunggu beberapa jam untuk mengambil gambar kenangan bersama Joko, namun hampa apabila dia dihalang peminat lain.

Lilis hampir berjaya mendekati Joko, namun terpaksa membatalkan niatnya apabila ada individu memijak kaki anak perempuannya yang berusia tujuh.

Guru sekolah tinggi, Mariana Wahyu berkata dia menyesal tidak pernah mahu bergambar dengan Joko yang didakwa adalah jirannya ketika mengalas tugas sebagai datuk bandar Solo.

“Ya Allah, kalau saya tahu dia akan menjadi presiden, saya pasti mengambil banyak gambar dengannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2019 @ 9:39 PM