DONALD Trump menganggap pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas. FOTO Agensissss
DONALD Trump menganggap pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas. FOTO Agensissss
Agensi

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menganggap pasukan elit Iran, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) sebagai pertubuhan pengganas, hari ini.

Ini kali pertama Amerika Syarikat menyelar sebuah kerajaan asing sebagai kumpulan pengganas, lapor AFP.

Ini bermakna, mana-mana pihak yang berurusan dengan dengan IRGC boleh berdepan hukuman penjara di Amerika Syarikat.

Trump berkata, kerajaan Iran menggunakan pasukan seramai 125,000 anggota tentera itu untuk melaksanakan kempen pengganas di peringkat global.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo berkata kepada wartawan, semua perniagaan dan perbankan di dunia diarahkan untuk memberhentikan urusan membabitkan IRGC.

"Pemimpin Iran adalah penyangak dan bukan memperjuangkan revolusi," katanya.

AFP melaporkan, langkah itu susulan keputusan Trump untuk mengeluarkan Amerika Syarikat dari perjanjian antarabangsa dengan Iran yang bertujuan memperkukuhkan ekonomi negara itu dan menghalang teknologi nuklear, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 2:43 PM