KERETA warga emas tanpa sengaja terlanggar papan tanda Rom. FOTO: Agensi
KERETA warga emas tanpa sengaja terlanggar papan tanda Rom. FOTO: Agensi
Agensi

BERLIN: Gara-gara tersilap memasukkan nama destinasi dalam sistem navigasi kereta, seorang warga emas lelaki tersesat ke Jerman dari Newcastle, England dan bukannya Rome, Itali.

Menurut Metro UK, lelaki berusia 81 tahun itu berhasrat untuk bertemu dengan Pope di Rome dan memilih untuk memandu seorang diri ke ibu kota Itali itu.

Dia terkejut apabila sistem navigasi memaklumkan dia sudah tiba di destinasinya, iaitu sebuah bandar kecil bernama 'Rom' yang terletak di Utara Rhine Westphalia, Jerman.

Lebih malang, ketika memberhentikan keretanya di tepi jalan, kenderaan lelaki keturunan Itali itu mengundur ke belakang dan terlanggar papan tanda 'Rom' kerana terlupa menarik brek tangan.

Jurucakap polis Monika Treutler berkata, lelaki terbabit menetap di United Kingdom dan mungkin keliru bandar Rome dipanggil sebagai Roma dalam Itali dengan Rom yang terletak di Jerman.

ASALNYA warga emas terbabit  mahu bertemu dengan Pope di Rome, Itali.
ASALNYA warga emas terbabit mahu bertemu dengan Pope di Rome, Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2019 @ 8:47 PM