RIBUAN penunjuk perasaan enggan berganjak dalam bantahan perbahasan rang undang-undang ekstradisi ke China. FOTO Reuters.
Reuters

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong menutup pejabat kerajaan sehingga esok susulan insiden tunjuk perasaan yang mencetuskan keganasan dalam bantahan perbahasan rang undang-undang ekstradisi ke China.

Reuters melaporkan, sekumpulan penunjuk perasaan masih dilihat enggan berganjak hari ini untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Semalam, polis terpaksa melepaskan peluru getah, gas pemedih mata dan penyembur lada untuk menyuraikan kumpulan berkenaan.

Menurut pihak Hospital Hong Kong, sehingga 10 malam semalam, seramai 72 orang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Insiden tunjuk perasaan itu adalah paling ganas yang pernah berlaku di Hong Kong sejak ia yang ditadbir Britain, diserahkan kembali kepada China pada 1997.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 11:14 AM